[0004] Perkara ke dua.. poknik nak track dan monitor prestasi bisnes masing2.

poknik nak tengok
1. overhead bulanan you dan overhead harian you
2. total spend setiap hari
3. total leads dapat setiap hari
4. total close setiap hari
5 total sales setiap hari.

data ni adalah penting untuk kita design next step kita.. dan nak tengok samada kita boleh scale up ataupun tidak. Sebab selagi mana kita tak dapat capai figure untuk membolehkan kita scale up, maka kita tak akan dapat merasa success yang boeh mengubah kualiti hidup.

mungkin sekarang cost per lead masih tinggi,
mungkin closing rate masih rendah

ini semua kita kena cari punca supaya kita boleh naikkan ... adakah problem dekat targeting, ataupun adakah problem dekat copywriting dll

so kita kena troubleshoot dan troubleshoot sehingga cpl dapat capai kpi, cr dapat capai kpi supaya kita dapat spend besar.

target lah untuk dapat spend RM1000 atau RM2000 sehari...

jika kita dapat spend banyak ni setiap hari dalam keadaan cpl dan cr pada kpi yang bagus... maka hidup kita akan berubah.

semua data ni boleh key in dalam excel yang poknik dah bagi.

jangan culas bab monitoring ni... kalau you tak disiplin bab monitoring .. you akan fail.

tolong pm poknik balik link pada excel yang poknik dah bagi hari tu... poknik dah lupa kat mana poknik letak link setelah poknik pergi umrah 2 minggu

apa yg poknik sedang buat
1. minta details asas
2. minta rekod sales
3. siapkan fail
4. siapkan monitoring december
5. bagi link december pada untuk u guys isi.

make sure u buat betul2. Nanti poknik akan suruh u download fbads receipt etc.

rakan2 yg mulia ini asas pertama bina bisnes... keep track dgn data bisnes sendiri. kita kena tahu kat mana kita berada, dan jauh mana lagi kita nak pergi.

you guys jangan culas bab data yg akan bantu bisnes u tau.... nanti poknik tunjuk macamana rupa fail yg menyebabkan poknik dapt keep track data dan boleh achieve sales sampai 1.3 m sebulan.

poknik sedang ajar u disiplin bina bisnes.. bukan sekadar cari duit utk bayar bil api 👌

Comments

Popular posts from this blog