[0001] bagaimana nak bergerak ke 5 angka?
1. leads kena cukup. Target kat sini ialah mampu bawa leads yang cukup dengan kos yang paling minimal.
So kita letak target 100 sales =RM15000 sales ( kalau evocut / qaswa)
benefit kat sini - hq evocut akan bagi RM1000 dan poknik pun akan bagi RM1000
untuk dapat 100 sales, kita kena letak target capai 500 leads pada closing rate 20%.
untuk dapat 500 leads sebulan, kita kena dapat 17 leads sehari.
jika kos per lead = RM5.00, maka kita kena spend RM5 x17 leads = RM85 sehari.
jika kita tak ada duit, maka kita kena guna pendekatan free marketing. Free marketing ni sebenarnya tak free. kita bayar dengan masa kita. So poknik suka pakai fbads dan iklan berbayar ialah kerana ia berjalan dengan sendiri dan poknik tak perlu spend masa duduk depan komputer lama sangat.
untuk dapat leads percuma, rakan2 boleh guna
1. marketplace - shoppee, lazada, lelong, mudah
2. classifieds - yang ni banyak boleh google
3. instagram
4. facebook profile
5. facebook group
6. buletin board (7-eleven) etc
ada banyak lagi, boleh cari. Selagi ada kudrat, buat cara ni dulu sehinggalah ada cukup duit utk main ads.
poknik dulu guna kredit kad. so ada 18k boleh guna untuk split test. syukur sebelum kad tu mati kredit poknik dah jumpa setting dan mendapat keberuntungan.
baiklah, next step
target pertama kita ialah
1. capai 17 leads sehari
2. spend RM85 sehari
3. capai 20% closing rate.
step 1 ialah capai dulu kos per lead RM5.00
bagaimana nak capai CPL rm5.00?
kata kunci ialah split test dan eksperimen. so, kita kena lancarkan banyak iklan pada setiap masa untuk cari winning ads.
poknik cadangkan rakan2 lancarkan 10 ads pada satu masa. Bila jumpa yang winner - scale up bajet, bila jumpa yang loser- kill
so jika kita kill 3, maka kita kena ganti dengan 3 iklan baru. Bila kita scale up 1, kita kena ganti dengan 1 iklan baru.
ini bermakna... setiap masa mesti ada 10ads yang sedang diuji. Poknik cadangkan rakan2 buat satu adset RM5.00 utk setiap yang diuji. Bila ada 10 ads, maka kita akan spend RM50 sehari untuk split test sahaja.
yang kita dah scale up tambah bajet tu tak termasuk dalam ads yang sedang diuji.
bila kita dah ada winning adset yang kita dah scale up, maka kita mesti dapatkan leads yang kita perlukan.
bila dah dapat leads yang kita perlukan, maka kita mula perlu buat closing dan perbaiki closing sampai kita dapat capai 20%.
sila closing pakai wassap dan juga pakai call. jangan abaikan call sebab boleh sembang dan conversion rate call adalah jauh lebih baik.
juga, untuk closing ni, paling cantik kalau kita buat call untuk interaksi pertama kita. Interaksi selepas itu boleh fokus pada wasap.
rakan2 juga perlu ingat bahwasanya... 80% close terletak pada follow up. Ini yang selalu terjadi. Jadi jangan abaikan leads yang telah dapat. itu semua adalah duit yang kita dah laburkan.
atas dasar ini,
perbincangan kat group ini berkisar kepada
1. fbads
2. closing
3. free marketing strategies
target >> menjelang 31 dis 2019 - 30 orang dalam group ni dapat capai 5 angka sales.
next milestone ialah membina sales team. tapi sebelum bina sales team ni rakan2 kena capai 5 angka dulu. Sales team ni kuat juga makan duit... so make sure kita kumpul modal dulu
JELAS?
Jelas. Poknik. Nasharuddin Alam Shah
ReplyDelete