[0006] Assalamualaikum semua ada beberapa isu yg poknik jumpa setakat ni. Dan isu yang paling utama ialah isu sales yg tak konsisten seboleh mungkin kita nak sales kita makin naik dan makin naik - barulah kita boleh capai milestone baru. sebagai contohnya, rakan2 semua telah meletakkan milestone RM50k untuk di capai menjelang 31 Disember 2020, maka sales rakan2 perlu perlu naik dan naik dan mendekati RM50k semakin lama kita kita buat kerja supaya sales ni jadi konsisten kita kena pastikan yang semua faktor penyumbang juga adalah konsisten. baiklah untuk capai 50k sales, kita perlu mendapat 334 sales sebulan jika satu unit jualan ialah RM150 ini bermakna, kita mesti konsisten mendapat 12-13 sales setiap hari. dan jika pada hari tersebut jualan kita tak dapat capai 13 sales, maka pada hari esok nya atau pada hari lain kita mesti qadha / ganti jualan yang kita gagal capai. baiklah, seterusnya, apa kita kena buat jika kita nak pastikan setiap hari kita dapat 13 sales? kita mesti fikir tentang apakah yang akan membawa kepada 13 sales. Bila kita sampai kat sini, maka kita kena faham tentang leads dan conversion / closing rate jika closing rate kita pada 10% - maka untuk dapatkan 13 sales, ktia kena ada 130 leads sehari. jika closing rate kita pada 20% - maka untuk dapatkan 13 sales, kita kena ada 65 leads sehari. lebih baik closing rate kita, maka lebih rendah leads yang kita perlukan untuk mendapatkan sales yang kita perlukan. next .. perkara yang kita kena faham ialah untuk mendapatkan leads, kita kena spend duit buat iklan berbayar. Jangan cerita pasal free cost marketing (FCM).. ... FCM ni xde masa depan kalau nak bina empayar. Melainkan kita boleh buat produk macam elon musk buat. dia x payah run ads pun, tapi semua orang tunggu pengumuman dari dia. Untuk peringkt kita ni, jangan suka fikir pasal FCM. Beratus2 orang poknik kenal... diorang jauh lagi hebat dari poknik tapi sibuk main FCM.. sampai sekarang takde apa2 kejayaan. jangan fokus kepada FCM melainkan kerana terpaksa Baiklah, kalau kos satu lead ialah RM10.00 - maka untuk mendapatkan 130 leads, kita kena belanja RM1300 sehari kalau kos satu lead ialah RM5.00 - maka untuk mendapatkan 130 leads kita kena belanja RM650 kepakaran kita utk mendapatkan leads yang lebih murah akan membolehkan kos perniagaan kita turun dan potensi untuk kita untung adalah lebih besar jadi kat sini ada 2 skill yang sangat penting yang ktia kena kuasai 1. skill closing supaya dapat close dengan lebih tajam 2. skill ads supaya boleh dapat leads yang berkualiti dengan lebih murah bagaimana untuk dapatkan leads yang murah dan skill closing yang mantap? Apa yang kita kena belajar? 2 ilmu paling penting yang kita mesti belajar dalam2 ialah 1. ilmu customer avatar - ini untuk cari target market untuk produk kita dan mencari masalah yang mereka ingin selesaikan. Kita panggil ni sebagai desperate need 2. ilmu produk knowledge- ini untuk bagi penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi oleh target market kita. hanya dengan belajar bersungguh2 dan mempunyai ilmu yang kukuh dalam customer avatar kita dan dalam produk knowledge kita barulah kita boleh menulis mesej yang baik dan betul2 tepat mengikut kehendak pelanggan kita. melalui ilmu customer avatar dan produk knwledge ini maka kita boleh menulis MESEJ YANG BETUL mesej yang betul ketika menyediakan copywriting mesej yang betul ketika membuat closing mesej yang betul ketika membuat follow up mesej yang betul ketika membuat konsultasi dengan pelanggan mesej yang betul ketika membuat content curation bagi tujuan awareness, customer education dan branding. jadi nasihat poknik pada rakan2, kuasailah ilmu2 yang poknik sebut kat atas tu supaya kawan2 boleh pergi ke 5 angka mulakan dengan belajar customer avatar dan produk knowledge kemudian dengan ilmu ini 1. tulis copywriting untuk run ads dan dapatkan leads yang lebih murah 2. buat skrip closing yang mantap dan tajam turunkan kos lead dan tajamkan closing sampai perniagaan kita jadi kos efektif dan ROI kita jadi positif. bila kita berjaya mencaapi ROI positif, maka kita sudah mula bersedia untuk mengorak langkah untuk scale up bisnes kita untuk pergi ke 5 angka insyaallah jadi rakan2 kena pastikan rakan2 konsisten buat beberpa perkara ni 1. konsisten belajar dan update info mengenai produk knowledge utk produk yg rakan2 sedang jual 2. konsisten belajar dan update info mengenai customer avatar rakan2 supaya rakan2 lebih faham keperluan mereka. 3. konsisten belajar pengiklanan berbayar supaya rakan2 dapat menjana leads yang berkualiti dengan kos yang lebih murah 4. konsisten belajar dan perbaiki closing supaya closing rate rakan2 akan jadi lebih baik 5. konsisten perbaiki 4 perkara di atas supaya ROI boleh jadi positif 6. Konsisten membelanjakan duit yang cukup pada pengiklanan supaya bekalan leads untuk bisnes rakan2 adalah tetap dan konsisten. untuk peringkat ini, rakan2 x perlu belajar terlalu banyak perkara... mahirkan diri dengan ilmu asas ini dulu ye. berapa lama masa yang rakan2 perlukan untuk kuasai ilmu asas ni? pada hemat poknik, jika rakan2 betul2 kosong dan tanpa sebarang ilmu, ia mungkin ambil masa 1-2 tahun jika rakan2 fokus. jika rakan2 tak fokus... 10 tahun pun rakan2 akan berpusing kat takuk lama. Macam2 buat pun, masih dok kat tahap tu aje. Jangan tinggalkan skill asas ni ye. kita bina ni dulu. Dengan skill ni pun rakan2 insyaallah boleh capai 5 angka sebulan tanpa banyak masalah insyaallah

Comments

Popular posts from this blog