[0009] MENETAPKAN MATLAMAT

perjalanan kita jauh lagi. Untuk jelas, target poknik ialah untuk jadikan rakan2 seorang brand owner hasil dari buat kerja dengan poknik ni.

Sekarang ni rakan2 adalah DS, maka rakan2 akan berhadapan dengan banyak isu2 yg berkait dengan dunia DS. Dunia DS ni, kerja adalah banyak dan berat, tapi hasil adalah kecik.

walaupun begitu, sebagai DS, risiko juga adalah kecil.

bila rakan2 menjadi seorang brand owner satu hari nanti, kerja adalah tak begitu berat tapi hasil adalah besar. Tapi jika tak cukup skill, rakan2 boleh muflis dibuatnya sebab risiko sebagai brand owner adalah cukup tinggi.

target poknik ialah melahirkan 4 orang dahulu yang dapat capai 100 unit sebulan sales. Manfaat pertama bagi ds/pilot yang dapat capai 100 sales sebulan ialah mereka akan dapat reward tunai RM2000. RM1000 dari HQ dan RM1000 dari poknik

harapan poknik / plan poknik 4 orang ni akan poknik jadikan sebagai brand owner, bekerjasama untuk bina brand tersebut dan membina sales 7 angka sebulan setiap seorang insyaallah.

sekarang ni baru seorang yang capai 100 unit sebulan, dan poknik perlu monitor beliau dahulu samada beliau mampu sustain prestasi tersebut ataupun tidak sebab poknik tak mahu beliau terjun terlalu awal kedalam lautan yang banyak risiko.

so target setiap dari kita sekarang ni ialah untuk berjaya mencapai 100 unit jualan sebulan dan melakukannya secara konsisten selama 3 bulan.

untuk capai 100 unit sebulan, ada banyak skill yang kita kena bina. Dan mungkin ada yang ambil masa 2-3 tahun baru dapat capai sales macam tu.

tapi insyaallah kita tak perlu masa yang sepanjang itu. Insyaallah kita boleh capai sebelum jun 2020 insyaallah.

cuma kita perlu buat apa yang perlu buat supaya kita boleh capai 100 unit sebulan tu


poknik buat breakdown kejap ye.

100 sales  = RM15,000 sales
jika closing rate = 10% , maka kita kena ada 1000 leads sebulan supaya kita boleh capai 100 sales
jika kos per lead = RM8.00, maka kita kena ada bajet RM8000 sebulan untuk pengikalanan (spend RM267 sehari)

perkara yg kena ada
1.skill closing utk capai kpi 10% closing rate
2. skill ads utk capai kpi RM8.00 per lead
3. modal ads RM8000 sebulan


so objective kita akan kelihatan seperti dibawah

👇👇👇


MENJELANG 30 JUN 2020

1. sales RM15,000 sebulan (100 sales)
2. closing rate mencapai 10%
3. cost per lead pada kadar RM8.00 per lead
4. spend iklan RM270 sehari


Jangan gayat pula tengok nombor ni... ia hanyalah satu figure yang kita kena capai dan target yang kita kena letak.

Dari sini kita akan bina banyak gameplan
1. gameplan closing 10% dan keatas - apa perlu buat dan apa perlu capai supaya closing rate dapat capai 10%
2. gameplan CPL RM8.00 dan kebawah - apa perlu buat dan apa perlu capai supaya kos per lead dapat capai bawah RM8.00
3. spend iklan RM270 sehari minimum - apa kena buat untuk kumpul modal dan apa kena buat supaya modal sentiasa mencukupi


jadi dari info ni poknik nak rakan2 faham bahawasanya rakan2 perlu benbincang secara bersungguh2 mengenai 4 perkara ini sahaja.

jangan bincang pasal benda lain
dan perbincangan perlulah berlaku secara rancak. Sebab jika perbincangan tak rancak dan jika rakan2 berbincang mengenai benda lain... rakan2 tak akan dapat capai apa yagn poknik tulis kat atas tu dan sampai bila2 pun rakan2 tak akan dapat naik level

Comments

Popular posts from this blog